PETALING JAYA: Nyahpasang atau sekatan terhadap aplikasi Waze tidak memadamkan segala jejak atau data pengguna yang pernah dikumpulkan serta disimpan dalam pelayan (server) aplikasi berkenaan.
Penyelidik Kanan Centre for Cybersecurity and Data Intelligence (CCDI), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Prof. Madya Dr. Zubaile Abdullah berkata, nyahpasang Waze hanya menghentikan aplikasi itu daripada beroperasi dan mengumpulkan data baharu namun maklumat yang telah dihantar dan disimpan masih ada dalam pelayan Waze.
Ujarnya, pengguna yang mahu berhenti menggunakan Waze perlu memadamkan sejarah navigasi, lokasi tersimpan seperti rumah dan tempat kerja serta akaun mereka melalui saluran rasmi Waze.









