GURUN – Seramai 24 mangsa daripada tujuh keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Surau As Saadiah di sini selepas kediaman mereka dilanda banjir pagi tadi.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah, mangsa terdiri daripada penduduk Kampung Kepala Bukit, Kampung Guar Nenas, Kampung Guar Stesen dan Kampung Sungai Bongkok.
“Laporan kejadian banjir di Gurun, dalam daerah Kuala Muda diterima pada pukul 8.30 pagi tadi sebelum PPS Surau As Saadiah dibuka pada pukul 10 pagi,” katanya hari ini.
Sementara itu, sebuah lagi PPS dibuka di Sekolah Kebangsaan Teroi, dalam daerah Yan pada pukul 9.30 pagi tadi, namun jumlah mangsa yan








