'LANTAI kami sudah runtuh', kata sumber dalaman parti Republikan kepada anchor atau teraju berita sebuah stesen televisyen di Amerika Syarikat (AS) sebelum satu demi satu projeksi kemenangan Demokrat muncul di kaca televisyen, tablet dan telefon pintar, manakala '10 skala Ritcher' ulas seorang penganalisis yang menjadi panel dalam rangkaian penyiaran lain.
Semua itu menggambarkan skala kedahsyatan kekalahan Republikan dalam Pilihan Raya Pertengahan Penggal Amerika Syarikat (AS) 2026 apabila Demokrat mengambil alih kedua-dua dewan Kongres, iaitu Dewan Perwakilan dan Dewan Senat, sekali gus merampas beberapa kerusi gabenor dan Senat di negeri dianggap kubu Republikan.
Rakyat AS biasanya jarang memberikan kedua-dua dewan kepada satu parti, mereka memanfaatkan kuasa politik itu untuk memastikan Rumah Putih tidak ada kuasa tanpa had hingga pertukaran kuasa serentak di Dewan Perwakilan dan Senat dalam pilihan raya pertengahan penggal hanya berlaku tiga kali, iaitu 1946, 1994 dan 2006.










%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2024%2F06%2F928fd4e2c958876f8908aa803745561e.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)