WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memilih untuk menjadikan pilihan raya pertengahan penggal pada 3 November sebagai penilaian terhadap rekod pentadbirannya, satu pertaruhan be­risiko memandangkan tinjauan pendapat menunjukkan kadar sokongannya berada pada paras 30-an peratus.

Ia merupakan kadar soko­ngan paling rendah sepanjang kerjaya politik Trump daripada parti Republikan dengan hanya 17 peratus rakyat menyokong pengendaliannya terhadap kos sara hidup.

Tinjauan Wall Street Journal mendapati tiada Presiden yang mencatatkan keputusan lebih buruk dalam tinjauan mereka sejak 1990 ketika menghampiri pilihan raya pertengahan penggal.

Trump kembali berkuasa dengan janji untuk mengawal inflasi. Namun, kadar inflasi kini mencecah 3.4 peratus, lebih tinggi berbanding ketika beliau mula memegang jawatan.