Jurucakap Gabungan Parti Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah berkata parti tempatan boleh buat keputusan demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat negeri itu. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak akan melayan sebarang cadangan untuk membentuk pakatan dengan mana-mana parti poltik dari Semenanjung menjelang pilihan raya negeri itu akan datang.
Jurucakap GPS, Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata landskap politik Sarawak berbeza daripada peringkat persekutuan, apabila kerjasama antara parti tidak semestinya diterjemahkan kepada pakatan pilihan raya di negeri itu, lapor Dayak Daily.
Karim berkata Pengerusi GPS, Abang Johari Openg, sudah menyatakan bahawa gabungan itu akan bertanding di semua 82 kerusi di Sarawak.








