ALOR GAJAH - Kerjasama menerusi Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA) bukan perkara baharu dalam landskap politik negara, sebaliknya menjadi antara inisiatif yang diperkenalkan ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.Beliau berkata, inisiatif CSA yang dimulakannya itu diharap dapat menjadi asas kepada pengukuhan kerjasama antara parti politik, khususnya di luar musim pilihan raya."CSA bukan perkara baharu, saya yang mulakan CSA dulu dan kalau boleh semua kena kerjasama sebenarnya."Kalau waktu pilihan raya bolehlah kita bertentang-bertentang, tapi luar daripada pilihan raya ini, tidak ada sebab kita nak teruskan permusuhan itu," katanya.Beliau ditemui ketika program walkabout dan sarapan pagi bersama calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal, Datuk Dr Mustafa Musa, di sini hari ini.Mengulas mengenai pendedahan kandungan CSA, Ismail Sabri berkata, kerajaan ketika ini boleh mengambil inisiatif untuk mendedahkan keseluruhan perjanjian berkenaan kepada rakyat."Kalau kerajaan hari ini nak dedahkan, boleh sajalah rakyat tengok apa yang terkandung di dalam perjanjian tersebut," katanya.Dalam pada itu, bekas Naib Presiden UMNO itu berkata, perpecahan dalam kalangan orang Melayu boleh melemahkan kekuatan politik mereka meskipun mempunyai jumlah majoriti.Menurutnya, usaha penyatuan Melayu perlu menjadi keutamaan bagi memastikan kekuatan politik mereka tidak terjejas akibat perpecahan."Sekarang apa yang kita buat, UMNO dengan Pas, sudah terang-terangan dan kita sebenarnya lebih kepada penyatuan Melayu."Itu yang penting, walaupun kita majoriti tapi kalau kita berpecah macam dulu, kita kalah. Tidak ada maknanya," katanya.
CSA bukan perkara baru, saya mulakan – Ismail Sabri

Key takeaways
Ismail Sabri menegaskan bahawa Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA) bukan perkara baharu kerana inisiatif itu dimulakan semasa pentadbirannya. Beliau berharap CSA dapat mengukuhkan kerjasama antara parti politik di luar musim pilihan raya.
- Ismail Sabri menyatakan bahawa CSA dimulakan semasa beliau menjadi Perdana Menteri.
- Beliau menggesa kerjasama politik berterusan di luar tempoh pilihan raya.
- Ismail Sabri berkata kerajaan semasa boleh mendedahkan kandungan CSA kepada rakyat.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOOR AINON MOHAMED
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Cadangan Universiti Sains Sukan bukan perkara baharu
- Berita Harian Masalah penghadaman anak bukan perkara remeh
- Free Malaysia Today CSA bukan perkara baharu, tiada sebab bermusuh selepas pilihan raya, kata Ismail
- Sinar Harian CSA bukan perkara baru, saya mulakan – Ismail Sabri (this story)








