KUALA LUMPUR: Meskipun memikul amanah sebagai pensyarah, pelakon senior Vanidah Imran menzahirkan rasa simpati terhadap pelbagai kesukaran yang dihadapi generasi muda masa kini.

Vanidah, 53, berkata gaya hidup moden yang pantas menuntut kesabaran mendalam untuk membimbing generasi muda atau Gen Z yang kurang mendalami sejarah dan latar belakang tokoh seni terdahulu.

"Apabila mengajar generasi sekarang, kita perlu faham mereka tetapi dalam masa sama saya rasa kasihan kerana mereka 'tercampak' dalam sebuah dunia yang serba pantas.

"Dulu kita dipaksa untuk tahu pelbagai perkara. Gen Z pula sebaliknya, mereka sebenarnya tidak tahu banyak perkara kerana persekitaran dan keluarga.