KUALA LUMPUR: Dua dekad bukan tempoh yang singkat untuk memendam kerinduan.
Namun, bagi peminat yang membesar dengan alunan suara Nazrey Johani, penantian panjang itu akhirnya terlerai apabila penyanyi nasyid berkenaan kembali menghangatkan pentas menerusi Konsert The Rayhan Syukur 2026 di Mega Star Arena di sini, pada 31 Oktober lalu.
Persembahan yang menghimpunkan hampir 3,500 penonton itu menampilkan The Rayhan, terdiri daripada Nazrey, Amran Ibrahim dan Zulfadzli Mustaza atau Afad.
The Rayhan bukanlah Raihan yang masih aktif dianggotai Che Amran Idris dan Abu Bakar Md Yatim. Sebaliknya, kumpulan itu menghimpunkan bekas anggota Raihan yang meneruskan legasi muzik nasyid berteraskan dakwah.








%2Ffile%2Fattachments%2F885%2F5c889b8396aaa1ddf3256d2b92bb7600_261936.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
