Shah Alam: Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang mengambil tindakan penambahbaikan bagi memperkukuh komunikasi dan memastikan layanan lebih prihatin serta profesional susulan insiden membabitkan waris pesakit serta petugas kesihatan di hospital itu, Isnin lalu.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya memandang serius insiden ketidakpuasan hati terhadap layanan di Zon Kecemasan Kanak-Kanak yang tular di media sosial.

Katanya, siasatan dalaman sudah dijalankan berhubung kejadian yang berlaku pada 2 November lalu.

"Hasil siasatan, tindakan penambahbaikan sudah diambil bagi memperkukuh komunikasi serta memastikan respons yang segera, prihatin dan profesional terhadap keperluan pesakit dan waris.