Tawau: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara lima bulan dan didenda sebanyak RM4,000 terhadap seorang wanita warga China yang mengaku bersalah atas pertuduhan menawarkan perkhidmatan seks kepada seorang lelaki.
Tertuduh, Zhang Hong, 31, turut diperintahkan menjalani hukuman penjara selama dua bulan, sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin menjatuhkan hukuman itu selepas mengambil pengakuan bersalah tertuduh, selain hujahan daripada pihak pendakwaan.
Beliau turut memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkapan tertuduh iaitu pada 4 November lalu.









