Kuala Lumpur: Rata-rata orang ramai mula memberi sokongan dan kata-kata semangat kepada Aliff Daniel Adli, 21, dan dua ahli keluarganya selepas pengisytiharan taubat (Istitabah) secara terbuka semalam.

Pelatih industri, Nurshafilah Zahrul Nizam, 23, berkata, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat keputusan yang tepat dengan melakukan pengisytiharan taubat itu secara terbuka kerana isu ini sudah tersebar luas.

"Bagi saya, pengisytiharan berkenaan perlu diadakan secara terbuka kerana ramai pengguna media sosial sudah tidak asing dengan isu ini, jadi mereka memerlukan penjelasan mengenai hal ini.

"Apabila orang ramai tahu yang mereka sudah melafazkan taubat, saya gembira dan mendoakan kesejahteraan buat Aliff bersama ahli keluarganya," katanya kepada Harian Metro.