JAKARTA – Sekumpulan individu bertindak mencuri pelbagai jenis makanan dan snek daripada sebuah kedai runcit yang terbakar di Bumi Ayu, wilayah Bengkulu, Pulau Sumatera lapor laman berita Radar Kediri.

Mereka menceroboh premis tersebut untuk menjarah barangan yang tersisa, baru-baru ini.

Menurut media tempatan, tindakan nekad itu dilakukan walaupun lokasi kebakaran telah dipasang pita garisan polis dan diisytiharkan zon larangan atas faktor keselamatan serta siasatan.

Rakaman video kejadian menjadi tular dan mencetuskan kemarahan orang ramai di media sosial, yang menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak berhati perut serta tidak menghormati keluarga pemilik kedai yang sedang bersedih. – AGENSI