Kuala Lumpur: Pelakon, Arena Wan berkongsi keadaan terkini dirinya yang berdepan fasa sukar sehingga menyebabkannya hilang motivasi untuk membuat kandungan di media sosial seperti kebiasaan.

Menerusi hantarannya di Threads, Arena, 27, atau nama sebenarnya Nur Arena Wan Iman Wan Tuck Meng berkata, situasi berkenaan turut membuatkannya sukar untuk bernafas.

"Kadang kala ia terasa begitu sukar untuk bernafas, seperti ada terlalu banyak beban emosi yang menanggung saya sehingga saya tidak tahu di mana mahu bermula.

"Apa yang lebih mengecewakan, saya tahu saya tidak boleh kekal dalam keadaan ini terlalu lama.