TAWAU: Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima bulan dan denda RM4,000 terhadap seorang wanita warga China yang mengaku bersalah atas pertuduhan menawarkan perkhidmatan seks kepada seorang lelaki.
Tertuduh, Zhang Hong, 31, turut diperintahkan menjalani hukuman penjara dua bulan, sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin menjatuhkan hukuman itu selepas mengambil pengakuan bersalah tertuduh, selain hujahan pemberatan daripada pihak pendakwaan.
Beliau turut memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkapan tertuduh iaitu pada 4 November lalu.









%2Ffile%2Fattachments%2F889%2Fmelako2_170801.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)