Putrajaya: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberikan kelulusan bersyarat bagi penganjuran acara HYROX Kuala Lumpur 2026 yang dijadualkan dari 10 hingga 13 Disember.
Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata kelulusan bersyarat itu adalah di bawah Seksyen 33 Akta Pembangunan Sukan 1997 tertakluk kepada pematuhan penuh Kod Sukan Selamat serta semua syarat yang ditetapkan oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan.
"Penganjur HYROX Kuala Lumpur 2026 telah bersetuju untuk mematuhi sepenuhnya Perkara 5.2 Kod Sukan Selamat.
"KBS akan memantau pematuhan syarat ini sepanjang penganjuran acara. KBS mengucapkan selamat bertanding kepada semua peserta," katanya dalam kenyataan hari ini.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F06%2F1ec93fdedfdf033f92d2adde9e1083c5.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

