PENGANJURAN HYROX Kuala Lumpur 2026 mendapat kelulusan bersyarat daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) selepas pihak penganjur bersetuju mematuhi sepenuhnya Kod Sukan Selamat.Kelulusan itu diberikan di bawah Seksyen 33 Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576), tertakluk kepada pematuhan Perkara 5.2 Kod Sukan Selamat serta semua syarat ditetapkan Pejabat Pesuruhjaya Sukan.Perkembangan itu menyusul kenyataan KBS pada 5 November lalu berhubung status penganjuran acara kecergasan berkenaan yang sebelum ini berdepan isu pematuhan kod tersebut.KBS dalam kenyataan media pada Jumaat memaklumkan, pemantauan akan dilakukan sepanjang acara berlangsung bagi memastikan semua syarat kelulusan dipatuhi penganjur.Kementerian itu turut mengalu-alukan penganjuran acara kecergasan massa seperti HYROX kerana mampu menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan rakyat Malaysia."Selamat bertanding kepada semua peserta," menurut kenyataan itu.
HYROX Kuala Lumpur 2026 diberi kelulusan bersyarat

Key takeaways
HYROX Kuala Lumpur 2026 mendapat kelulusan bersyarat daripada KBS selepas penganjur bersetuju patuh pada Kod Sukan Selamat.
- Kelulusan diberikan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997.
- Pemantauan akan dilakukan sepanjang acara untuk pastikan pematuhan.
- KBS mengalu-alukan acara kecergasan untuk galakkan gaya hidup sihat.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia , Berita Harian , Harian Metro
Story details
- Published
- By
- WARTAWAN SUKAN SINAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Sinar Harian HYROX Kuala Lumpur 2026 diberi kelulusan bersyarat (this story)
- Berita Harian HYROX Kuala Lumpur 2026 dapat kelulusan bersyarat
- Utusan Malaysia Penganjuran Hyrox Kuala Lumpur 2026 diberi kelulusan bersyarat









