PETALING JAYA: Pihak berkuasa digesa mengaudit sumbangan yang dikutip bagi membantu membayar denda RM50 juta untuk membolehkan Datuk Seri Najib Razak menghabiskan baki hukuman penjaranya di rumah.

Bekas Ahli Parlimen Damansara Tony Pua berkata, audit tersebut perlu dilaksanakan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) demi memastikan dana yang dikumpulkan itu diperoleh secara sah dan bukan hasil pengubahan wang haram.

Beliau dalam masa yang sama turut mempersoalkan keputusan Umno untuk melunaskan denda itu dengan berkata lebih baik wang berkenaan digunakan untuk membantu rakyat biasa.

“Dengan memilih untuk membolehkan Najib menjalani tahanan rumah, ‘warna sebenar Umno terserlah dengan begitu jelas,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini