Tony Pua turut mempersoalkan sumbangan itu dan berkata lebh baik wang berkenaan digunakan untuk membantu rakyat biasa.PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Damansara Tony Pua menggesa pihak berkuasa mengaudit sumbangan yang dikutip bagi membantu membayar denda RM50 juta, bagi membolehkan bekas perdana menteri Najib Razak menjalani baki hukuman penjaranya atas kesalahan rasuah di bawah tahanan rumah.
Pua berkata, audit oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) penting bagi memastikan dana yang dikumpulkan itu diperoleh secara sah dan bukan hasil pengubahan wang haram.
Terdahulu hari ini, Umno berkata parti itu telah membayar denda RM50 juta selepas mengumpulkan dana mencukupi menerusi kempen kutipan derma yang dilancarkannya pada September.








