Menteri Besar Amirudin Shari meninjau lokasi kolam tadahan di Universiti Teknologi Mara Kampus Puncak Alam, hari ini. (Gambar Bernama)KUALA SELANGOR: Kerajaan Selangor akan mengarahkan semakan semula terhadap projek pembangunan yang diluluskan bagi memastikan pelaksanaan penyediaan sistem mitigasi banjir di kawasan berisiko.
Menteri Besar, Amirudin Shari, berkata langkah itu antara usaha kerajaan negeri bagi memastikan risiko banjir dapat dikurangkan serta kejadian sama tidak berulang di kawasan terjejas.
“Saya akan minta semak balik segala kelulusan yang telah kita benarkan termasuk mensyaratkan mereka (pemaju) membuat tadahan air sementara (dan) kita juga tidak mahu mereka melakukannya secara sambil lewa,” katanya.








