Anwar Ibrahim ditemui selepas solat Jumaat di Masjid Taman Kosas, Ampang. (Gambar Bernama)AMPANG: Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak setuju Umno membayar denda RM50 juta bagi membolehkan Najib Razak menjalani tahanan rumah.
Katanya, walaupun Umno mempunyai semangat persahabatan dengan Najib, perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana memberi gambaran kepada rakyat kegiatan rasuah berskala besar boleh dibiarkan.
“Pandangan peribadi…saya tidak setuju kerana sementara kita ada semangat persahabatan dengan Najib, tapi itu tidak harus memberi gambaran kepada rakyat bahawa kegiatan rasuah yang mencecah bilion ringgit boleh dibiarkan begitu rupa,” katanya ditemui selepas solat Jumaat di Masjid Taman Kosas.









