Kuala Lumpur: Tindakan UMNO menyelesaikan denda RM50 juta bagi pihak Datuk Seri Najib Razak hari ini membuktikan semangat setiakawan pemimpin dan ahli parti itu terhadap bekas Presiden UMNO berkenaan.

Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Dr Armand Azha Abu Hanifah, berkata UMNO bukan sekadar sebuah parti politik, tetapi sebuah keluarga besar yang dibina atas dasar persaudaraan, kesetiaan, pengorbanan dan semangat kebersamaan.

"Kita mungkin berbeza pandangan, berbeza kedudukan dan memikul tanggungjawab yang berbeza, tetapi apabila sahabat seperjuangan berdepan kesusahan, kita tetap berdiri bersama," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Armand Azha turut merakamkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang menghulurkan sumbangan serta memberikan sokongan bagi membantu keluarga Najib menyelesaikan urusan denda itu.