Kuala Lumpur: Datuk Seri Anwar Ibrahim menghormati keputusan UMNO berhubung tindakan parti itu membayar denda RM50 juta yang dikenakan terhadap Datuk Seri Najib Razak bagi membolehkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.

Perdana Menteri berkata, keputusan berkenaan adalah hak UMNO, manakala proses undang-undang serta keputusan Yang di-Pertuan Agong perlu dihormati selaras dengan prinsip Perlembagaan.

"Tak mengapalah kalau itu keputusan UMNO, dia nak bayar RM50 juta, itu kerja dia.

"Pandangan peribadi, saya tidak setuju kerana kita tidak harus memberi gambaran kepada rakyat bahawa kegiatan rasuah yang mencecah bilion ringgit itu boleh dibiarkan begitu rupa," katanya ketika ditemui selepas selesai solat Jumaat di Masjid Taman Kosas, di sini, hari ini.