KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan berterusan tahap waspada melanda Kelantan dan Terengganu bermula Ahad ini hingga 11 November.Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, kawasan terlibat di Kelantan ialah Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat, Kota Bharu, Machang, Bachok dan Pasir Puteh.Di Terengganu, kawasan dijangka terjejas ialah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu.Beliau berkata, hujan berterusan turut dijangka melanda Sabah dari 9 hingga 11 Nov, melibatkan kawasan Sandakan, iaitu Paitan, Telupid, Labuk dan Sugut, Sandakan serta Kinabatangan."Analisis terhadap model-model ramalan cuaca menunjukkan bahawa luruan monsun dijangka memasuki rantau negara pada 9 hingga 11 November ini."Keadaan ini berpotensi membawa hujan lebat berterusan di pantai timur Semenanjung dan timur Sabah dalam tempoh tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web dan media sosial rasmi MetMalaysia serta aplikasi mudah alih myCuaca, selain menghubungi talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut. - Bernama
Hujan berterusan dijangka landa Kelantan, Terengganu dan Sabah hingga 11 November

Key takeaways
Hujan berterusan tahap waspada dijangka melanda Kelantan, Terengganu dan Sabah sehingga 11 November.
- Hujan berterusan akan berlaku di Kelantan dan Terengganu bermula Ahad ini.
- Sabah akan mengalami hujan lebat dari 9 hingga 11 November.
- Luruan monsun memasuki rantau negara pada 9 hingga 11 November.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Hujan berterusan dijangka landa Kelantan, Terengganu dan Sabah hingga 11 November (this story)






