KUALA LUMPUR - Sebanyak 12 polisi insurans yang membabitkan rakyat Malaysia yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh di Nepal telah diselesaikan sepenuhnya oleh syarikat insurans, menurut Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).Ketua Pegawai Eksekutif PIAM, Chua Kim Soon berkata, lebih 50 polisi insurans telah dikenal pasti berhubung kejadian itu, dengan syarikat anggotanya terus memproses tuntutan dan memberi bantuan kepada waris-waris mangsa."Kami menjangkakan lebih banyak tuntutan ini akan diselesaikan dalam minggu-minggu akan datang," katanya kepada pemberita di Meja Bulat Media Persediaan Monsun PIAM di sini hari ini.PIAM sedang bekerjasama rapat dengan Bank Negara Malaysia untuk menghubungi waris dan memudahkan proses tuntutan.Beliau berkata polisi yang dikenal pasti merangkumi insurans perjalanan, insurans kemalangan peribadi tahunan dan perlindungan kemalangan peribadi kumpulan yang disediakan oleh majikan.PIAM juga menggesa keluarga terjejas yang memerlukan bantuan dengan pendaftaran tuntutan dan pemberitahuan untuk menghubungi persatuan itu bagi mendapatkan sokongan.Pada 26 Ogos, banjir kilat dan tanah runtuh melanda daerah Rasuwa di Nepal dan kawasan sempadan Nepal-Tibet berikutan hujan lebat sehingga merosakkan infrastruktur, mengganggu komunikasi serta membantutkan operasi mencari dan menyelamat.Daripada 5,285 individu yang diklasifikasikan sebagai hilang dan tidak dapat dikesan berikutan bencana itu, 636 adalah warga asing dari 34 negara termasuk 54 rakyat Malaysia. - Bernama
12 polisi insurans berkaitan bencana Nepal selesai - PIAM

Key takeaways
Terdapat 12 polisi insurans yang telah diselesaikan sepenuhnya bagi rakyat Malaysia yang terjejas banjir dan tanah runtuh di Nepal, menurut PIAM.
- Lebih 50 polisi dikenalpasti, 12 telah selesai.
- PIAM bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia untuk memudahkan tuntutan.
- Keluarga terjejas digalakkan mendaftar tuntutan dan menghubungi PIAM.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Berita Harian Ramai pemilik kereta, rumah tiada polisi insurans banjir
- Sinar Harian 12 polisi insurans berkaitan bencana Nepal selesai - PIAM (this story)







