Kuala Lumpur: Biarpun bergelar pelakon pada usia remaja, ia bukan penghalang buat pelakon, Nelissa Nizam, 28, untuk menggenggam segulung ijazah walaupun terpaksa membiayai sendiri pengajiannya.
Dibesarkan ibu tunggal, Nelissa atau nama sebenar Nelissa Edreena Nizam menjadikan pesanan ibunya sebagai pegangan untuk mencari pendapatan sendiri sebelum melanjutkan pengajian ke menara gading.
Biarpun perlu membahagikan masa antara komitmen karier, tugasan akademik dan tanggungjawab terhadap keluarga, kesibukan membina kerjaya seni tidak pernah memadamkan azamnya untuk menamatkan pengajian.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian) Komunikasi Antarapersonal Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu berkata, pendidikan bukan sekadar kelayakan akademik, sebaliknya pelaburan penting untuk membina masa depan.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F06%2F1ec93fdedfdf033f92d2adde9e1083c5.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

