PETALING JAYA – Kemunculan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sebuah video sempena Deepavali mencuri perhatian ramai.

Penampilan Anwar dapat dilihat dalam video yang dikongsi pencipta kandungan, Thedavidshere hari ini.

Lebih mencuit hati, Anwar dilihat seolah-olah sedang berlakon di dalam filem aksi tamil apabila muncul dan memberi nasihat agar orang ramai pulang ke rumah keluarga bagi menyambut perayaan Deepavali.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna berkongsi perasaan teruja melihat kemunculan Anwar di dalam video tersebut.