KUALA LUMPUR – Hartanah sewaan terpilih di kawasan strategik yang mempunyai akses baik serta bekalan terhad berpotensi mencatatkan kenaikan kadar sewa hingga dua angka dalam tempoh 12 bulan akan datang.
Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif FAR Capital, Faizul Ridzuan berkata, jangkaan itu merupakan impak daripada pelarasan gaji dan tekanan kos operasi perniagaan semasa.
Katanya, pertumbuhan kadar sewaan dijangka bergerak lebih pantas berbanding kenaikan harga rumah.
“Projek perumahan di lokasi matang dengan bekalan terhad serta dilengkapi kemudahan perabot berkualiti tinggi adalah segmen yang bakal mencatatkan lonjakan sewa dua angka,” katanya.









