KAJANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran supaya pengurusan dana kerajaan diuruskan dengan baik demi menjaga kebajikan rakyat termasuk golongan penjaja dan peniaga kecil.
Perdana Menteri berkata, sekiranya terdapat pelanggaran terhadap amanah itu, pihak terbabit boleh dikenakan tindakan tegas termasuk ditahan serta didakwa di mahkamah.
"Apa erti jadi pandai, jadi akauntan, jadi jurukira yang handal tetapi kerjanya cari jalan bagaimana untuk curi wang. Untung dia, biar jahanam institusi.
"Sebab itu, saya bagi amaran, setiap dana sama ada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional, Bank Rakyat dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dijaga dengan baik.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FNew-Big-Picture-template-121026-46_338724.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)