SEJAK kebelakangan ini, beberapa rakan bertanya mengapa semakin kurang menulis berita politik dan mula memberi perhatian kepada isu pertahanan negara.
Hakikatnya, bidang liputan pada peringkat awal kerjaya lebih tertumpu kepada isu pertahanan sebelum beralih secara beransur-ansur kepada politik.
Kini, tumpuan kembali diberikan kepada bidang menjadi antara asas awal pembabitan dalam dunia kewartawanan.
Pada 2000, ketika Pulau Sipadan diceroboh kumpulan bersenjata sehingga menyebabkan 21 tebusan diculik, penulis diminta Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, iaitu Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, menghubungi tokoh perniagaan berpengaruh, Yusof Hamdan yang terbabit dalam rundingan utama serta Allahyarham James Hassan, rakan warga Malaysia di Filipina.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F06%2F1ec93fdedfdf033f92d2adde9e1083c5.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
