AMPANG: Malaysia tidak berhasrat untuk menyekat peluang pelaburan kepada Amerika Syarikat (AS) China atau mana-mana negara dalam sektor strategik seperti kecerdasan buatan (AI) dan cip semikonduktor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendirian Malaysia itu telah dimaklumkan kepada AS melalui penggilan telefon dengan Setiausaha Negara, Marco Rubio, semalam.

Beliau berkata, panggilan itu antara lain membincangkan persiapan sekiranya berlaku pertemuan antaranya dengan Presiden, Donald Trump di Manila atau Shanghai.

Katanya, AS menyuarakan hasrat supaya peluang pelaburan syarikatnya dalam sektor AI dan cip tidak digugat negara lain.