KUALA LUMPUR: Polis menahan dalang sindiket antarabangsa yang merekrut rakyat Malaysia sebagai keldai dadah untuk menyeludup dadah ke Indonesia, Hong Kong dan Jepun menerusi Op Eristalinus.
Suspek yang juga warga Hong Kong dipercayai bertindak sebagai pembekal utama dadah diberkas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman pada 5 November lalu dengan kerjasama Polis Republik Indonesia (POLRI).
Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, penahanan itu hasil siasatan terhadap 10 rakyat Malaysia berusia antara 19 hingga 26 tahun yang ditahan di Indonesia dan Jepun.
Menurutnya, sindiket berkenaan mengambil kesempatan terhadap individu yang berdepan masalah kewangan dengan menawarkan ganjaran lumayan sebelum merekrut mereka sebagai keldai dadah.






