Kuala Lumpur: Fenomena El Nino kuat yang sedang berlaku berpotensi mempengaruhi corak cuaca negara sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027, namun keadaan itu tidak bermakna tiada risiko banjir seperti berlaku di Selangor ketika ini.
El Nino merujuk kepada keadaan pemanasan alam sekitar yang ekstrem dan melebihi purata suhu semasa permukaan laut, manakala MTL bagi musim 2026/2027 bermula secara rasmi pada 27 Oktober 2026 dan dijangka berterusan sehingga Mac 2027, menurut jangkaan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).
Pakar Klimatologi dan Perubahan Iklim Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Emeritus Dr Fredolin Tangang berkata, berdasarkan kajian, intensiti hujan dan cuaca ekstrem ketika MTL cenderung berkurangan apabila El Nino kuat berlaku.









