KUALA LUMPUR: Faktor perubahan iklim dan cuaca ekstrem hingga boleh menyebabkan bekalan elektrik terputus menjadi antara faktor utama Kesatuan Eropah (EU) dan beberapa negara seperti United Kingdom menggesa rakyat mereka menyimpan bekalan asas sekurang-kurangnya untuk tiga hari.
Felo Kanan Institut Keamanan Global (GPI) London, United Kingdom, Prof Dr Mohd Mizan Aslam, berkata selain itu, ia juga kerana acara tahunan, iaitu setiap masyarakat di Eropah dilatih bersedia dengan kecemasan dan suasana cemas sebelum bantuan tiba.
Sebagai seorang yang berpengalaman menetap di Eropah, beliau berkata, persediaan itu termasuk menukar stok makanan kering dan menukar bateri barangan keperluan kecemasan seperti lampu suluh.








