SEREMBAN – Pendawaian elektrik yang diubah suai tanpa kawalan serta penggunaan wayar penyambung secara berlebihan antara bahaya kebakaran yang dikesan di beberapa premis yang dijadikan asrama pekerja warga asing di Oakland, Seremban 2, di sini.Malah, pemeriksaan turut mendapati laluan kecemasan di premis berkenaan tidak mencukupi untuk membolehkan penghuni menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran.Perkara itu dikesan menerusi 'Op Sarang Burung' bersepadu yang dilaksanakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan (JBPMNS) bermula jam 12 tengah malam pada Selasa.Pengarah JBPMNS, Nor Arifin Kamari berkata, daripada 242 rumah kedai yang diperiksa, sebanyak 19 unit dikenal pasti tidak mematuhi peraturan keselamatan kebakaran yang ditetapkan."Antara kesalahan yang dilakukan ialah pengubahsuaian struktur asal premis, termasuk pembinaan bilik menggunakan papan lapis yang mudah terbakar serta ketiadaan laluan keluar yang mencukupi untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku kecemasan."Malah, kebanyakan premis turut mengubah suai sistem pendawaian elektrik yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan bagi menampung beban penggunaan yang lebih tinggi, selain terdapat banyak pendawaian haram yang berisiko mengakibatkan litar pintas," katanya ketika ditemui media selepas operasi pada Selasa.Menurutnya, pemilik premis atau majikan perlu mengambil serius perkara itu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.Beliau berkata, penggunaan wayar penyambung secara berlebihan tidak digalakkan, manakala sistem pendawaian elektrik perlu dipasang mengikut piawaian yang ditetapkan serta mendapat kelulusan Suruhanjaya Tenaga."Sebaiknya, sebelum menukar kumpulan penghuni premis, pemilik perlu merujuk Majlis Bandaraya Seremban (MBS), bomba dan agensi berkaitan untuk mendapatkan nasihat bagi memastikan aspek keselamatan serta keperluan bangunan dipatuhi," katanya.Nor Arifin berkata, pihaknya akan mengeluarkan notis kepada pemilik premis dalam masa terdekat bagi menghapuskan bahaya kebakaran mengikut Akta Perkhidmatan Bomba 1988.Tambahnya, kegagalan mematuhi notis bomba boleh menyebabkan pemilik berdepan tindakan undang-undang dan denda maksimum RM5,000, tertakluk kepada keputusan mahkamah.Dalam perkembangan berkaitan, Ariffin berkata, sebanyak 45 mangsa insiden kebakaran direkodkan sepanjang Januari hingga Oktober tahun ini, dengan tiga kematian, lapan mangsa cedera dan 34 lagi berjaya diselamatkan."Sepanjang tempoh sama, sebanyak 781 mangsa terlibat dalam insiden penyelamatan, dengan 65 kematian direkodkan, manakala 287 mangsa cedera dan 429 lagi berjaya diselamatkan," katanya.Selain itu ujarnya, sebanyak 378 premis telah menerima Perakuan Bomba pada tahun lalu, meningkat 10.26 peratus berbanding 342 premis pada 2024.Tambahnya, bagi pemeriksaan menghapuskan bahaya kebakaran pula, sebanyak 670 premis diperiksa pada tahun lalu, meningkat 2.6 peratus berbanding 653 premis pada 2024."Secara keseluruhan, sebanyak 715 pemeriksaan Menghapuskan Bahaya Kebakaran(MB
Pendawaian elektrik sesuka hati, laluan keluar tak cukup ancam penghuni asrama warga asing

Key takeaways
Pendawaian elektrik yang tidak terkawal dan laluan keluar yang tidak mencukupi dikesan di asrama pekerja warga asing di Seremban.
- 19 daripada 242 rumah kedai tidak mematuhi peraturan keselamatan kebakaran.
- Pendawaian elektrik diubah suai tanpa spesifikasi dan menggunakan wayar penyambung berlebihan.
- Laluan kecemasan tidak mencukupi untuk menyelamatkan penghuni semasa kebakaran.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- SYAMILAH ZULKIFLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗





