Kuala Lumpur: Taktik terbaru along kini semakin melampau apabila tetap menyimbah cat dan melempar bom petrol ke rumah mangsa biarpun pinjaman sudah diselesaikan.

Tindakan itu dipercayai dilakukan semata-mata untuk terus 'memeras' wang daripada mangsa.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Lim, 57, dari Puchong mendakwa, anaknya meminjam RM1,400 daripada along pada Jun lalu kerana ingin memulakan perniagaan.

"Anak sudah membuat bayaran sebanyak RM2,000, namun along tetap bertindak menyimbah cat ke rumah kami.