Hang Tuah Jaya: Harapan Melaka kekal `biru' pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka disuarakan seniman veteran, Datuk Jalaluddin Hasan yang turut menekankan kepentingan penyatuan dalam menghadapi pilihan raya kali ini.

Beliau berkata, penyatuan antara parti dalam gabungan politik penting bagi membentuk kekuatan jentera yang lebih kukuh, sekali gus memastikan kesejahteraan negeri itu terus terpelihara.

Katanya, semangat perpaduan itu bukan sahaja perlu diterapkan di peringkat negeri, malah diharapkan dapat diperluaskan ke seluruh negara.

"Yang penting, kita perlu bersatu bagi memastikan kesejahteraan negeri Melaka terpelihara. Kalau boleh, satu negara, Insya-Allah," katanya ketika ditemui di Bilik Gerakan PN Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil, di sini, hari ini.