Kuala Selangor: Kadar hujan sehingga 103 milimeter (mm) turun pada petang semalam didakwa menjadi punca kepada kejadian banjir yang berlaku di sekitar Bandar Puncak Alam dan Ijok, di sini.

Malah, titik tertinggi hujan adalah di dalam Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam, sehingga menyebabkan banjir kilat turut berlaku di kampus institusi berkenaan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, berdasarkan laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri ini, limpahan air dari situ turut mengalir ke kawasan seperti di Hillpark dan Taman Seri Alam, Saujana Utama.

"Semalam hujan dianggarkan lebih 100 mm dan saya sedang mencari penyelesaian supaya kalau berlaku lagi hujan sedemikian bagaimana kita akan tangani sebab yang di bawah (Hillpark) menerima limpahan air di kawasan ini (UiTM Puncak Alam).