London: Pengendali Arsenal, Mikel Arteta mahu anak buahnya meningkatkan standard permainan apabila kembali beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Hull City, esok.

The Gunners bernasib baik apabila berjaya membawa pulang kemenangan 2-1 ketika berdepan Slavia Prague dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL), Rabu lalu.

Arteta nyata tidak berpuas hati dengan persembahan anak buahnya pada babak kedua perlawanan berkenaan, meskipun berjaya mengutip tiga mata penuh.

"Sejak awal babak kedua, kami beraksi jauh di bawah standard sebenar, termasuk aspek asas, konsep permainan dan segala perkara yang sudah dibincangkan untuk mengelakkan situasi seperti itu.