Kuching: Pilihan Raya Negeri Ke-13 (PRN13) Sarawak pada 12 Disember ini bakal menyaksikan pengundi berusia 18 tahun ke atas menunaikan tanggungjawab buat kali pertama, sekali gus menjadikan golongan muda penentu penting keputusan pilihan raya.
Ketua Penerangan Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, peningkatan jumlah pengundi baharu memerlukan semua parti politik memainkan peranan aktif dalam menggalakkan golongan berkenaan keluar mengundi.
Menurutnya, berdasarkan anggaran, kira-kira 40 peratus pengundi pada PRN-13 Sarawak terdiri daripada pengundi baharu, yang dijangka memberi pengaruh besar terhadap landskap politik negeri. Katanya, golongan ini tidak seharusnya dipandang rendah, sebaliknya perlu diberikan ruang untuk menilai calon dan parti berdasarkan kemampuan serta sumbangan mereka kepada rakyat.







%2Ffile%2Fattachments%2F889%2Fmelako2_170801.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)

