PETALING JAYA: Kira-kira 40 peratus pengundi dalam Pilihan Raya Negeri Ke-13 (PRN13) Sarawak pada 12 Disember ini terdiri daripada pengundi baharu yang berusia 18 tahun ke atas.

Ketua Penerangan Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ini sekaligus menjadikan golongan muda dilihat penentu penting keputusan pilihan raya.

Justeru katanya, peningkatan jumlah pengundi baharu memerlukan semua parti politik memainkan peranan aktif dalam menggalakkan golongan berkenaan keluar mengundi.

“Pengundi baharu perlu diberikan ruang untuk menilai calon dan parti berdasarkan kemampuan serta sumbangan mereka kepada rakyat. Ini tanggungjawab kita untuk mendidik anak-anak yang layak mengundi supaya menggunakan akal fikiran dengan baik, membuat analisis sendiri mengenai mana yang bagus dan mana yang tidak sebelum memilih wakil rakyat.