KUALA LUMPUR: Bank Simpanan Nasional (BSN) memaklumkan bahawa pelanggan bank itu mungkin mengalami kesukaran untuk mengeluarkan wang di mesin ATM bank lain (MEPS).

Menurutnya, kesukaran itu adalah disebabkan jumlah transaksi ATM yang tinggi.

"BSN menyarankan agar anda menggunakan kad ATM BSN di ATM BSN buat sementara waktu," katanya

"Untuk maklumat lanjut atau bantuan, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN di 03-2613 1900 atau e-mel ke customercare@bsn.com.my.