Alor Setar: Penganjurkan Kejohanan Bot Laju Dunia 2026 yang bermula semalam sehingga esok menyaksikan kehadiran lebih 5,000 pengunjung.
Sebanyak 17 pasukan dari 12 buah negara dan wilayah termasuk juga dari Malaysia bersaing merebut dua kategori iaitu F 3000 dan T750 Powerboat.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan negeri, Datuk Mohd Salleh Saidin berkata, saingan itu mendapat sambutan cukup baik.
"Lebih membanggakan lagi ia kali pertama dianjurkan di Kedah dan kita menghimpunkan sebanyak 17 pasukan dari 12 buah negara serta wilayah termasuk juga dari negara kita Malaysia untuk bersaing dua kategori.








