Kuching: Pilihan Raya Negeri Ke-13:(PRN-13) Sarawak yang akan diadakan pada 12 Disember ini bakal menyaksikan pengundi berusia 18 tahun ke atas pertama kali menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat, sekali gus menjadikan golongan muda antara penentu penting keputusan pilihan raya kali ini.
Ketua Penerangan Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, peningkatan jumlah pengundi baharu memerlukan semua parti politik memainkan peranan menggalakkan golongan berkenaan keluar mengundi.
Beliau berkata, berdasarkan anggaran, kira-kira 40 peratus pengundi pada PRN-13 Sarawak terdiri daripada pengundi baharu, sekali gus memberi pengaruh besar terhadap landskap politik negeri.









