Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis membayangkan bahawa pentadbirannya akan meneruskan dasar tarif menyeluruh meskipun Parti Republikan tewas dalam pilihan raya pertengahan penggal, lapor Kyodo News.

Perkembangan itu berlaku ketika timbul kebimbangan mengenai peningkatan kos sara hidup yang sebahagiannya didorong oleh pelaksanaan tarif berkenaan.

Bercakap kepada pemberita di Rumah Putih, Trump berkata negara lain meningkatkan pelaburan di AS bagi mengelakkan dikenakan kadar tarif yang lebih tinggi.

"Jika tarif itu dimansuhkan, mereka pasti sangat gembira. Mereka akan segera menghentikan kerja pembinaan.