GOLONGAN muda berusia 18 hingga 39 tahun membentuk hampir separuh daripada

Dengan kekuatan 47.34 peratus, sudah tentu suara pengundi dalam kategori Gen Y dan Gen Z ini memainkan peranan besar dalam mempengaruhi pola sokongan kepada calon dan parti bertanding.

Jika dahulu, corak pengundian anak muda dalam pilihan raya banyak bergantung atau dipengaruhi faktor kekeluargaan, namun situasi hari ini jauh berbeza.

Berdasarkan rekod, pengundi muda berusia 30 hingga 39 tahun membentuk kumpulan terbesar iaitu 21.99 peratus atau 148,222 pengundi. Ini diikuti pengundi berusia 21 hingga 29 tahun dengan 19.37 peratus atau 135,687 pengundi, selain 41,138 pengundi atau 5.98 peratus lagi berusia 18 hingga 20 tahun.