Kuala Lumpur: Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) tidak menolak kemungkinan pelarasan harga secara bersasar antara tiga hingga empat peratus bagi portfolio produk terpilih di Malaysia dan Thailand susulan peningkatan kos komoditi dan bahan mentah.

Ketua Pegawai Eksekutif F&N, Tarang Gupta berkata, kenaikan tiga hingga empat peratus itu purata indikatif berdasarkan pelarasan harga dilaksanakan sepanjang 12 hingga 15 bulan lepas, membabitkan jenama-jenama terpilih di kedua-dua pasaran tersebut.

"Kumpulan perlu mengambil kira harga komoditi termasuk gula, timah, dan tenaga, kesemuanya menunjukkan trend peningkatan. Sudah tentu, penetapan harga akan menjadi faktor penting. Namun, kami juga perlu memastikan jumlah jualan dan kepentingan pengguna tetap terpelihara," katanya semasa sesi soal jawab dalam taklimat keputusan kewangan F&N bagi tahun kewangan 2026, di sini hari ini.