Kuala Lumpur: Kawasan kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mula dipenuhi pengamal media tempatan dan antarabangsa.
Dianggarkan seramai lebih 50 pengamal media daripada pelbagai agensi media cetak dan elektronik memenuhi sekitar Jalan Langgak Duta, di sini, sejak jam 2 petang tadi, selepas selesai solat Jumaat.
Sama seperti keadaan sejak 11 pagi tadi, pihak polis telah melaksanakan pemasangan pita garisan polis bagi menghalang kehadiran kenderaan yang tidak dibenarkan menuju masuk ke laluan masuk kediaman Najib.
Setakat ini seramai lebih 50 pegawai dan anggota Polis Daerah Sentul dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) mengawasi kawasan sekitar dan pergerakan trafik.






