Kluang: Sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) terpaksa mendapatkan bantuan polis selepas seorang lelaki dan wanita enggan memberi kerjasama ketika pemeriksaan di sebuah bilik hotel di daerah ini, awal pagi semalam.

Malah, mereka terpaksa menggunakan kunci pendua untuk membuka pintu bilik berkenaan sebelum mendapati pasangan terbabit berada di dalamnya.

Tangkapan dilakukan pada jam 1.15 pagi ketika penguat kuasa JAINJ menjalankan pemeriksaan berkala di hotel berkenaan.

Menurut JAINJ, penguat kuasa mengetuk pintu bilik dan memberi salam, namun tidak menerima sebarang maklum balas selama 30 minit.