Kajang: Kenderaan yang membawa peguam bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat memasuki kawasan kompleks Penjara Kajang, di sini, hari ini.
Kereta Audi berwarna putih yang membawa peguam Najib, Muhammad Farhan Shafee dilihat masuk ke perkarangan pintu pagar utama pada 2.15 petang.
Muhammad Farhan yang keluar dari kereta itu hanya senyum ketika disapa wartawan yang menunggu di perkarangan kompleks berkenaan.
Hari ini media melaporkan, Najib selesai menjelaskan denda RM50 juta yang dikenakan terhadapnya dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, Kuala lumpur.







%2Ffile%2Fattachments%2F889%2Fmelako2_170801.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)

