KAJANG: Kenderaan utiliti sukan (SUV) yang membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak keluar dari kompleks Penjara Kajang, di sini, jam 2.37 petang, hari ini.

Proton X70 berwarna kelabu itu diiringi kawalan kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Penjara Malaysia.

Bagaimanapun destinasi kenderaan berkenaan belum dapat dipastikan setakat ini.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, mengesahkan pihaknya sudah menyelesaikan segala proses pembayaran kepada pihak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi tadi, sebagai syarat untuk Najib menjalani tahanan di rumah.